Nuffnang

Tuesday, January 4, 2011

Yearender 2010

SALAM....

Dalam tempoh tak sampai 24 jam, aku kembali menulis dalam blog Yob4Ever ni...hahahaha....nampak gayanya, aku makin semangat nak berblogging...cita2 aku, 1 hari, 1 entry dlm blog ni, kalau tak dapat, 1 minggu, 1 entry, tu dah dikira baik kot... jangan hangat2 tahi ayam sudah la....hari ni semangat, esok lusa, dah luntur semangat...mungkin sebab aku masih dalam mood cuti, jadi aku ada masa nak tulis macam-macam dalam blog ni...tak tau la, bila dah start keja nanti, tambah plak dengan pressure yg macam2 datang kat opis, aku collapse balik, at last tergendala balik pembikinan blog aku...yg paling aku tak nak, blog Yob4ever ni ibarat 'Padang Jarak Padang Tekukur' or 'Gajah Putih'....

First sekali, apa yang aku nak buat kat blog ni, aku nak penulisan aku ni 'lari' daripada ayat2 skema...maksudnya, aku tak nak tulis ikut format bahasa yang betul (alaaa... macam dalam paper tu)...mentang2 keja aku ni wartawan, aku nak tulis ayat2 skema or ayat puitis...sebolehnya, aku nak guna bahasa pasar (bahasa seharian yang aku guna dgn kawan2 or family.... Satu lagi, kalau boleh aku nak elak cerita pasal isu2 semasa, tak kira la politik ka, hal ehwal dalam/ luar negara or sukan or hiburan...bukan apa, dah byk sangat aku tgk blog yang versi yang mcm tu...ada blogger yg hebat, tak kurang jugak, ada blogger yg rasanya syok sendiri....populis je lebih, isi mcm gampang...konon hebat sgt nak ulas mcm2 isu waima sukan (aku bagi contoh sukan sbb keja hakiki aku memang dekat dgn sukan ni...kalau ada yg terasa, nak aku minta maaf ke...)

ok cukup pasal pendirian aku pasal tu...mcm aku ckp dlm entry b4 ni...antara azam tahun baru aku kali ni, nak kembali tulis blog...actually bukan la azam sangat tapi lebih kepada target aku tahun ni...azam tu dikira target ke? rasanya tak kot...terpulang kepada persepsi masing2 lah....bagi aku....azam ke target ke, bergantung pada diri sendiri mcm mana kita nak sampai ke arah tu....

so mcm2 aku target thn ni...antaranya nak kereta baru, rumah baru, anak baru, bini baru (hahahaa marah NORALIDA MAT ALI)...tangga gaji baru, jawatan baru (takkan nak duduk kat meja penolong pengarang sukan sampai pencen kottt, aku mesti ada target bila aku nak sampai ke puncak, kalau boleh aku cantas, aku cantas la...kalau tak boleh cara lembut, aku guna cara kasar...hahahaha gelak orang jahat...)

Entry hari ni....aku nak buat sikit sorotan (yearender) 2010 psl keja aku.... aku nak buat sorotan ni sbb aku sikit kuciwa paper yang aku beli baru2 ni tak ada yearender ttg sukan di msia or obersea...kalau tak silap aku, tiap2 hujung tahun akan ada yearender dalam paper...ya la, aku ni kaki sukan dan dalam masa yang sama, kaki pelupa jugak....so aku nak tau la perjalanan sukan sepanjang tahun 2010...alih2 aku tak dapat apa yang aku nak....nak salahkan sapa, mereka dan keluarga mereka, tak boleh jugak kan (mungkin ada masalah perancangan kot)...lu pikir la sendiri YOB....

ok cukup la psl benda tu...dah lepas pun...benda yg lepas tak usah dikenang.....berbalik pada kisah hidup aku di opis spjg thn 2010...tak da apa yg boleh dibangga pun...perjalanan masih sama dan kadang2 agak slow (maklumla...kesihatan sering terganggu....) cuma ada sedikit bezanya, apabila orang kanan aku sudah berubah...drpd MUSTAPA LAKAWA kepada NORZASRUDIN MOHAMED NOR....orang kanan bukan maksudnya dia seangkatan dgn aku or dia org suruhan aku tp ni lebih kepada pembantu aku ketika operasi di meja sukan....dgn kata lain, dia akan tolomg aku menyelia page sukan tatkala (HELMI TALKAH, hebat tak aku guna perkataan tatkala tu....hahahah) No.1 tak keja...clear kann semua.....

Kepada Mus...selamat meneruskan tugas buat tahun kedua di Ganu dan kepada Dino...selamat kembali bergandingan, harap kapal Jack Sparrow terus utuh merentas Laut China Selatan...hahahaha....

Rasanya cukup sampai sini dulu...aku nak pi tgk AHMAD DANISH HAIKAL kat skolah tu...nanti ada smbungan lagi citer psl keja aku... byk benda yang aku nak citer ni...lebih tragis dan lebih dramatik, lebih byk yg aku akan bongkar...tunggguuuuuu.....

ADIOS AMIGOS.....

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lelaki Sabah said...

    1. "ada blogger yg hebat, tak kurang jugak, ada blogger yg rasanya syok sendiri...populis je lebih, isi mcm gampang...konon hebat sgt nak ulas mcm2 isu waima sukan"....
    - aku tak tau maksud sebenar hang mengenai ayat ini, tapi selama aku kenal dengan hang, aku dapat agak.Kesimpulan aku senang je.."kalau hang tak suka ikan keli, sampai bila-bila hang tak akan makan ikan keli"..hahahaha

    2. "jawatan baru (takkan nak duduk kat meja penolong pengarang sukan sampai pencen kottt, aku mesti ada target bila aku nak sampai ke puncak..."
    - aku doakan moga impian saudara tercapai.amin

    3. "kalau tak boleh cara lembut, aku guna cara kasar...hahahaha gelak orang jahat"
    - hang memang 'jahat'...aku menjadi saksi kepada banyak 'kejahatan' hang..hahaha

    4. "Kepada Mus...selamat meneruskan tugas buat tahun kedua di Ganu"
    - terima kasih atas ingatan dan sama seperti aku, selamat juga kepada saudara untuk tahun ketujuh di meja Sukan.

    ReplyDelete
  3. haha..gila la..sehari dua entry sekali gus..
    rizal hashim yg hebat tu pun takleh lawan..
    harap berkekalan la..
    kang baru keje sehari dua, trus collapse plak..
    tersedak helmi talkah bila ko guna perkataan tatkala tu...hehe

    ReplyDelete
  4. Isu yerender ini, aku dah bangkitkan dalam entry aku yang bertarikh 4 November 2010. Tapi x ada respon dari pihak yang berkaitan. Sesungguhnya aku dah bersedia untuk melakukannya tapi tak dapat arahan sampai ke hari ini....

    p/s - Aku yakin bulan depan kita akan menjadi lebih sibuk. Seperti tahun-tahun lalu, kita perlu membuat yearender (laporan akhir tahun). Harap-harap kali ini ada perancangan yang lebih baik akan dilakukan. Jangan buat kerja pada minit-minit akhir. Tentukan siapa nak buat apa dan bila laporan itu perlu disiarkan…. (Blog Raris pada 4 November 2010)

    ReplyDelete
  5. MUS:

    1. "kalau hang tak suka ikan keli, sampai bila-bila hang tak akan makan ikan keli".
    - Memang betul, mcm apa yg aku ckp kat hang sebelum ni, klu aku dah blacklist, smpi bila2 aku blacklist, tak kira la dia

    orang ka, binatang ka....tp Zaidi nak bagi aku ikan haruan, smpi skrg tak nak lg ekor ikan haruan tu....entah ada, entah tak..

    2. Psl jawatan tu - siapa yang tak mau jd No.1... aku harap satu hari nanti, aku mampu berada di puncak...

    3. Psl kejahatan - aku akan jadi lebih jahat klu ada yang berniat jahat kat aku...

    4. Tak sangka aku dah tujuh thn di meja sukan...kebal ka aku smpi tak pindah2 lg..hahahaha

    WAN:

    - Aku x mampu lawan Rizal Hashim (blogger termasyhur)...tp aku ada dendam yang blom dilunaskan dgn musuh aku....

    DINO:

    - Pendirian aku mudah - i plan my work and i work my plan... ni la masalah kalau kita tak rancang kerja dgn baik. Jadi

    huru-hara, alih2 ada yg keja teruk, ada plak yg bersenang-lenang (maybe nak sambut New Year dgn kekasih hati kot)...Cuba klu

    ada yearender tu, masing2 buat ikut bid, tak la ada yg kena keja sorang...hahahaha....

    ReplyDelete
  6. eh aku tak de kena mengena dalam ini hal! hahaha

    wan fakhrul, kawan kita ni confirm ke boleh update blog ni? jangan-jangan hot hot chicken shit...

    ReplyDelete