
![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Wartawan Sukan Kosmo!, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi, 30, melakar kegemilangan apabila berjaya merangkul anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail pada Malam Anugerah Wartawan Institut Akhbar Malaysia-Petronas 2008 di sini malam tadi.
Kemenangan itu diperoleh menerusi hasil laporannya yang bertajuk 'Pembunuh Bola Sepak Negara' dan sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM11,000 dan sijil penghargaan.
Azizul yang sudah empat tahun berkhidmat di Kosmo! ketika ditemui meluahkan rasa terharunya dengan kemenangan yang tidak diduganya itu.
"Saya gagal dalam penyertaan saya pada tahun lalu namun pada tahun ini saya bersyukur kerana kemenangan menyebelahi saya.
"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan kakitangan Kosmo! yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini," katanya.
Hadiah-hadiah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Menteri Penerangan, Datuk Shabeery Chek dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.
Sementara itu, tujuh wartawan Utusan Malaysia turut mengungguli anugerah berprestij ini apabila membolot dua kategori berasingan. Wartawan Azman Ibrahim, Azran Fitri Abdul Rahim, Sopi Somaile, Mohd. Shariza Abdullah, Au Yeow How dan Mohd. Nazrul Azim Sharuddin meraih kemenangan menerusi kategori Laporan Berita Cemerlang bertajuk 'Kenaikan Harga Beras Satu Fenomena'. Mereka berkongsi wang tunai RM11,000 dan sijil penghargaan.
Sementara itu Pengarang Berita Utusan Malaysia, Noraini Abdul Razak berjaya mengetepikan calon akhbar lain apabila menjuarai kategori Rencana Cemerlang menerusi rencana bersirinya 'Pelihara Institusi Raja', 'Jangan Hina Institusi' dan 'Menyahut Titah Raja-Raja Melayu'. Kemenangan Noraini melayakkan beliau meraih wang tunai RM11,000 dan sijil penghargaan.

eh,abg ni kan yg menang anugerah hebat tu?
ReplyDeletesaya kagum la dgn abg ni...dah la pandai buat story,pandai buat blog plak tu..bleh berkenalan?kekekke
Hahahaha........takde masalah....dtg je kosmo....
ReplyDeleteTahniah saudara Azizul, kemenangan saudara saya nukilkan dalam blog saya tempoh hari. Saya masih ingat pada 2004 apabila saudara membuat liputan bola sepak Bawah 20 di Cheras...haha, sekelip mata saudara sudah menang anugerah. Kekalkan semangat menulis. Perjalanan saudara masih jauh dan banyak lagi yang boleh diterokai!
ReplyDelete